Wednesday, July 21, 2010

~P.H.D~

Assalammualaikum kamu2 suma...ketemu lagi kita ya...kali ni N3 yang akan aku lakarkan ni macam meluahkan perasaan la kan...

Ada perkara yng telah menyentap & merobek hati aku ni...emm...manusia2..tak abis2 dngn sifat PHD nye..bukan blaja tinggi ye..tapi Perasaan Hasad Dengki...!!!! huk...kalu nk dikirakan aku bukan la DiVa..bukan juga artis kesukaan...aku hanya insan biasa yang sederhana sahaja...bagi aku dia lagi hebat dari ku...lagi gah dari ku..tapi mengapa, kenapa dan perlukah aku juga jadi bahan katakan pada si dia?????? Sesungguhnya aku tidak mengerti...si dia yang jarang untuk aku berborak hanya mengukir senyuman apabila berjumpa dengan dia tapi tdk aku sangka nama aku turut terseret dlm list kutukan dia...arghhh....apa salah aku pada dia??? aku tk kenal ko ok...tapi aku juga menjadi mangsa...

Memang aku sedia maklum yang si dia suka mengata org di sekeliling beliau..tk kira org tu ada kaitan dengan dia atau tidak..yang pasti dia akan terus mengata...dan yang pasti dia tidak senang dengan kesenangan org lain..dia tdk suka melihat seseorg itu lagi hebat dari dia..Astagfirullahalazim....come on la..zaman moden kan sekrg...jangan la ada lagi sifat macam tu..yang kesian nye..sama2 Melayu kan..setiap insan ada kelebihan & kelemahan nya..tak perlu la untuk kita senaraikannya...daripada senaraikan perangai org lain baik kita senaraikan perangai diri kita sendiri...

Mungkin dia leh perkatakan apa yang dia tk suka tentang diri ku..tapi seharusnya dia kena ingat..Apa yng terjadi pada kita bukan kehendak kita..semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..apakah setiap kejadian yang berlaku pada kita kehendak kita???apa kah dia lupa siapa yang mencipta kita???? apakah dia alpa dengan anugerah yg TUHAN kurniakan pada dia...mempunyai muka yang cntik, mulut yang boleh berkata2, telinga yang bisa mendengar, hidung yang bisa menghidu, mata yg boleh melihat...tapi sayang..dia tidak mengsyukuri dengan apa yang ada...

Kalau difikirkan balik, mmg aku sakit hati teramat sangat dengan apa yang aku dengar...tapi aku tidak sebodoh dia...aku mempunyai akal yang panjang + fikiran yang waras...Ibu & ayah aku mengajar aku agar menjadi insan yang berguna dan jangan mempunyai hati yang busuk...aku tidak lupa semua itu..dan sebagai insan yang hina lagi kerdil ini...aku memaafkan segala kutukan dia pada ku...tapi untuk menjadi insan yang bertalam 2 muka, konon2 baik dpn ko..aku tk berdaya..aku bukan begitu...Walauapapun, kata2 dia pada diriku..tidak sedikit pun melemahkan aku..sebaliknya aku semakin kuat..ya aku KUAT + TABAH...aku tkkan biarkan diriku ini lemah dengan segala kutukan dia pada diri aku...Terima kasih kerana kutukan ko pada aku, aku menjadi semakin kuat + ceria...heheheh...ALHAMDULILAH...

Semoga si dia akan berbahagia di atas kesengsaraan org lain..kerna itu yang dia mahu!!!!



p/s : Hayati la hidup sebaiknya, sebelum nyawa kita ditarik olehNYA..yang penting biar org buat
buat kita, tapi kita jangan buat org...

No comments: