Tips2 ini pun saya copy & paste daripada isuhangat.blogspot....Sama-sama la kita hayati tips-tips yang amat berguna ini bagi mengeratkan & mengekalkan rumahtangga kita...check-it out....
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .
                                                                          
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
                                                                          
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
                                                                          
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.            
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
                                                                          
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
                                                                          
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
                                                                          
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
                                                                          
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu , kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
                                                                          
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang          
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin       
dulu.                                                                     
                                                                          
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh           
control kentut?                                                           
                                                                          
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma       
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan      
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.                           
                                                                          
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.             
                                                                          
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,           
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya          
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi     
itulah dia rela nak tolong.                                               
                                                                          
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan        
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,    
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu         
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke       
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?                                
                                                                          
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda        
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.      
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .                       
                                                                          
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri        
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi    
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri     
sendiri.                                                                  
                                                                          
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak       
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,        
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?                   
                                                                          
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara       
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati          
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?         
Jiran sebelah rumah awak?                                                 
                                                                          
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa              
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai     
isteri nak mampus pun tak perasan .                                       
                                                                          
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .        
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat        
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling        
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila   
dah mati nanti.                                                           
                                                                          
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti         
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar       
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum       
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar          
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga        
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya        
dengar dari seorang ustaz.                                                
                                                                          
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian            
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau      
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali           
                                                                          
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .            
 Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati       
 orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,          
 perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami      
 boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan        
 kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang      
 perempuan ni enteng sahaja.                                                
P/S :  Tips yang no.23 amat menarik hati saya...hehhehe...Pada suami2 yang diluar sana better watch out...!!!
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ecah
Post a Comment