Monday, May 24, 2010

Mari Menambah Ilmu

Hai u all..hehehe..dh lama kan kiter tk update blog ni..dh bersawang & bertahi burung dh blog ni..heheheh..ari ni ada mood nk update blog..tapi kali ni nk update tentang satu artikel daripada buku DARAcom....masa sambil2 selak buku tu terjumpa la artikel yang amat berguna tok kita semua tok menambahkan lagi ilmu pengetahuan...

Ia mengenai mengejutkan orang tido disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut :

1. Seorang yang tido di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah r.a berkata " Aku keluar bersama Nabi s.a.w untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana2 lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau mengeraknya untuk solat dengan kakinya." (Hadis Riwayat Abu Daud.

2. Orang yang tido dihadapan orang yang solat kerana mengganggu orang yang solat.

3. Tido di atas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang tidur di atas permukaan bangunan tanpa ada penghadang(dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana2 pihak(sekiranya jatuh). (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Tido dlm keadaan separuh badan terkena chaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi s.a.w bersabda, "Apabila slh seorg kamu berada di bawah pancaran matahari kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahagian yang lain tidak kena,hendaklah dia beredar." (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Tido sebelum isyak kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dlm hadis yg panjang, riwayat dari Abi Bakrah r. a di mana berkata,"Baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan sembang2 selepasnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

6. Seseorg yang tidur meniarap. Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda,"Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya." (Hadis Riwayat Tirimizi dan Ahmad)

7. Mengejutkan org tidur untuk bangun qiamullail. Nabi s.a.w bersabda, "Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dn mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

8. Mengejutkan org yang tidur untuk bangun sahur. Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh." (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, amalan2 yang baik haruslah kita ikuti dan amalan2 yang boleh memudaratkan akidah kita seeloknya kita jauhi..sesungguhnya perbuatan baik akan dibalas baik dan perbuatan jahat adalh sebaliknya..

Terima kasih kepada majalah DARAcom kerana mengeluarkan artikel amalan yang amat berguna dan saya merupakan pembaca setia majalah tersebut..heheheh..


p/s: Perubahan seseorang bermula daripada niat di hati & diri sendiri untuk berubah..
Perubahan pada kebaikan adalah sesuatu yang mulia & dipuji..

4 comments:

Anonymous said...

isy...suke tido meniarap...hukhukhuk

NaSha said...

ha..kena elakkan tdo meniarap..ehhheh..berubah tok kebaikan..hehehe..

maksutimah said...

takde update pasal current life ke ecah

NaSha said...

maksu timah wei..hehehe..

tk larat buat masa ni..mood tk smpai..ehhehhehe..bz dgn keje je..hehehe..